Wednesday, May 13, 2009

OPERA KEHIDUPAN




Berdiri aku di pentas ini

Mata tertumpu gerak aksiku
Skrip terpampang dalam mindaku

Orang tak nampak persis halimunan

Hidup mudah aku hajatkan

Namun susah datang memanjat

Pelakon tambahan memanjang cerita
Buntu diriku aksi cerita


Latar pentas menaikkan roma

Babak dan babak begitu menguja
Aku tak pasti akhir cerita

Boleh berubah sekelip mata


Opera hidup menjadi bukti

Wujud diriku mengolah drama
Akukah hero mengubah cerita

Akukah balachi menghancur semua

Jawapan itu aku tak pasti

Penamat cerita perlu dinanti

-the4basketeers-

Monday, May 11, 2009

Pelbagai cerita dirangkumkan sekali





Salam my friends..

Hari ini aku ada kelapangan sedikit..
Boleh la tulis apa-apa entri baru yang boleh dikongsi bersama.


Pertama, politik di Perak.

Komen aku, korang politician dah lupa kerja korang yang paling asas..
Yang aku tengok sekarang satu kerja pun tak boleh nak jalan..
Berkhidmatlah untuk rakyat..
Macamana nak beri khidmat kalau asyik bergaduh sahaja?
Selesaikan segera..
Kerja aku dan warganegara lain sebagai rakyat bukan nak pergi mengundi je tiap-tiap bulan..

Gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah..


Kedua, 5 penjenayah warga asing mati ditembak polis.

Tahun 70 an dan 80an dulu susah la nak dengar jenayah berleluasa macam sekarang..
Kenapa jadi begini?
Kerana adanya polisi pandangan singkat (kekurangan pekerja di sektor ladang dan pembinaan, ambil pekerja asing dan juga bila kolej swasta tak cukup pelajar, ambil pelajar asing)

Kauorang tengok la kat Kotaraya, KLCC dan Sogo..

Penuh dengan mat-mat Indon, Bangla, Vietnam, Pakistan dan Negro..
Ini semua mana tahu hormat undang-undang negara kita..

Kenapa nak jadi US yang yang rata-rata jenayah dilakukan oleh orang Mexico, El Salvador, Cuba, Jamaica dan African American..
Takkan kita nak jadi macam tu kot?

Baca metro je jenayah warga asing, pelacur warga asing, penyamun warga asing, pembunuh warga asing...

Sampai nak minum kat gerai-gerai dan nak naik bas awam pun kita dah takut..


Ketiga, kes ragut.. Puncanya satu, dadah..
Tak bekerja tapi nak hisap dadah..

Nak cari duit mudah, ragut beg tangan..

Bukan ragut beg je, ragut nyawa sekali..
Waktu zaman besi buruk mahal dulu, habis penutup-penutup lubang besi kena curi..
Sebabnya, dadah..

Memang patut peragut kena pukul sampai mati..
Bila buat jenayah sedap je,
Tak terpikir pulak risiko kena belasah oleh orang awam..


Keempat, gejala mat rempit..

Dulu kita panggil mat motor..

Sekarang paper panggil mat rempit..termasuk kita..

Seingat aku dulu, mat-mat motor passion utama berlumba... Jarang kita dengar buat jenayah lain..
Tapi sekarang mat rempit pukul semua..

Bukan setakat berlumba je, minum arak, main bohsia, merompak, merogol, pukul orang tak tentu pasal..


Sampai bila nak jadi macam ni..

Tak terpikir ke usia makin tua..

Takkan nak merempit lagi bila dah tua..

Takkan korang tak nak berkeluarga nanti?
Apa perasaan korang kalau benda sama yang korang buat sekarang terjadi pada famili korang pada tahun 2020 nanti?
Apa perasaan korang kalau anak korang jadi bohsia, ikut lari dengan mat rempit waktu 2020 nanti?..

Apa perasaan korang kalau kau tengah isi minyak kat stesen minyak, korang kena rompak?..


Apa yang kita buat sekarang akan datang balik kat kita pada masa depan..

Allah bayar cash, tak teringat ke korang semua ni..

Kelima, hiburan di TV..
Banyak betul rancangan realiti seperti nyanyian kat stesen-stesen TV..
Bukan nak betul-betul lahirkan penyanyi,
tapi nak untung singkat dan syok sendiri...

Yang untung stesen TV...


Mana pergi bekas-bekas pelajar ni sekarang?..

Yang betul-betul berjaya boleh dikira dengan jari..
Itupun tunggu masa populariti nak padam...

Yang selebihnya balik kampung tanam jagung..'

Takpun jadi deejay kat radio..
Sampai menangis-nangis penyanyi pojaan kena singkir..

Bila perang di Palestin tiada pulak reaksi sama macam tuh.. Setakat hulur duit lima, sepuluh ringgit..
Undi SMS sanggup beribu-ribu ringgit pulak...

Aku bukan nak kata aku baik sangat.
Kadangkala aku terlalai.
Baik dan jahat itu hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Aku membuat entri ini bukan kerana nama..

Niatku ingin mengatakan kepada dunia betapa parahnya kita sekarang..

Tapi itulah masalahnya negara kita sekarang..

Zaman tutup mata dah berlalu..

Sekarang zaman bertindak...

Kita perlu bertindak agar negara kita aman, makmur dan sentosa dari anasir-anasir ini...

-the4basketeers-

Saturday, May 9, 2009

Makna di dalam makna di dalam makna




P/S: Satu ekspresi abstrak warna-warna makna kehidupan yang gue hasilkan ketika gue mencari diri gue..Mata kasar takkan nampak dia punya purpose. Lue pikirlah sendiri pasal apa yang gue nampak tak sama dengan apa yang lue nampak..

-the4basketeers-

Thursday, May 7, 2009

Hari ini sungguh letih



About Problem...

Letih otak dan letih fizikal bagiku tak sama...
Letik otak kesan lagi mendalam....
Dah empat hari tiga malam berturut-turut aku marking paper...
Takde masa untuk memasukkan entri terbaru...

Tapi hari ini kemuncak letih aku...
Ada meeting tadi...
Aku belasah je apa aku nak luah...
Aku tak suka bermuka-muka...

Ada tak betul, kita patut bagitahu dan ambik tindakan...
Kalau ada yang terasa, mintak maaf la...
Aku direct je...

Pasal kalau aku simpan dan anggap takde apa-apa...masalah masih akan berterusan..
Masalah takkan selesai kalau kita kata semua OK tapi masalah masih wujud..
Lepas ni kalau ada permasalahan kita selesai sama-sama..
Insyallah
-the4basketeers-

Sunday, May 3, 2009

Jutawan Hina? Slumdog Millionaire?



(gambar diambil dari www.google.com)

Setelah puas bermadah minggu ini, aku nak cakap yang lain pulak la.. Bermadah tetap akan.. tunggu idea coming to me..

Hari ni aku nak cakap apasal filem la..
filem apa aku tengok minggu ni? SLUMDOG MILLIONAIRE.

Mati2 ingat filem Hindustan.. Memang la filem Hindustan, tapi format mcm citer omputeh.. takde nyanyi kt golek2 kt atas bukit, depan tasik atau tukar2 baju..


Komen ttg filem? Best. 4 setengah popcorn. Tapi kesian bila tgk orang miskin kt Mumbai tuh. Yg geli kt tempat jamban awam, tempat mandi dan setinggan kat situ..

Memang lg teruk dari setinggan kt Malaysia.
Memang kita patut bersyukur hidup di Malaysia yang takde sampai tahap miskin gila-gila-gila miskin macam kt India tuh. Nak mandi pun kongsi kolam. nak buang air besar pun payah..

Harap-harap di Malaysia takde mcm tuh. Kalau ada, sedih la..
Di mana orang kaya yang patut membantu sedikit sebanyak. -the4basketeers-

Saturday, May 2, 2009


The pinky

manusia tidak mahu belajar

belajar dari sirah
belajar dari kitab
belajar dari khilaf
sifat kau mudah alpa
tabiimu mudah leka


dan saat ini
manusia terpaksa membayar
virus kecil yang kau tak nampak
memadam ego kau yang tak ke mana
merentap nyawa kau yang berdosa
menyingkap silap kau dengan pencipta


mahu tak mahu
dirimu terpaksa
hadapilah hakikat pengakhiran bermula


-the4basketeers-

Friday, May 1, 2009

kau lupa kau alpa
wahai tuan,
lepaskanlah belenggu ini

rantai ini membelit kuat
dimana mungkin aku mengadu
cengkaman dirimu tak sudah-sudah
tangkaplah jasadku bunuhlah diriku
rampas semuanya hancurkan segala
tapi kau lupa apa kau tiada
prinsip diri tiada harganya

-the4basketeers-