Thursday, June 11, 2009

aKu SudAh kEmbAli

tuan-tuan..puan-puan..cik-cik dan dif-dif terhormat sumua..



(gambar kawah tangkuban perahu, Bandung)
Ingin aku nyatakan aku sudah kEmbALi ke arena blog aku ni setelah lama bercuti dan mendiamkan diri..
Hmm..apa dah jadi kat alam blog sekarang?
Ada yang meletup atau terbakar ke?
Ada yang dah pencen selamanya ke?

Tapi yang pasti aku pencen sekejap je..
Ini termasuk la persatuan-persatuan kengkawan di bawah aku..
Che-deal pencen sekejap, towkey, hisham, si Kimi dan kombar pun pencen sekejap jugak..
One for all, all for one..
Itulah the 4basketeers...
Wait for the new season 4 upload the latest news about aku..

Cuti ni aku pergi Melaka bandaraya bersejarah..
Berlumba gokart yg aku ingat slow je padahal laju giler..(dah bawak baru tahu)...
Melawat sambil bersajak di Bandung dan Djakarta..
and then drive ke Perlis dan Padang Besar pulak mencari kueytiaw kerang dan buah mangga harum manis..
boleh la buat buku travelog ronda-ronda dalam dan luar negara..

yang pasti duit aku habis banyak cuti kali ni..
tengah menulis ni pun tengah makan mi maggie ni..hehehehe..
aku chao dulu, nanti aku datang balik...
-the4basketeers-

Wednesday, May 13, 2009

OPERA KEHIDUPAN




Berdiri aku di pentas ini

Mata tertumpu gerak aksiku
Skrip terpampang dalam mindaku

Orang tak nampak persis halimunan

Hidup mudah aku hajatkan

Namun susah datang memanjat

Pelakon tambahan memanjang cerita
Buntu diriku aksi cerita


Latar pentas menaikkan roma

Babak dan babak begitu menguja
Aku tak pasti akhir cerita

Boleh berubah sekelip mata


Opera hidup menjadi bukti

Wujud diriku mengolah drama
Akukah hero mengubah cerita

Akukah balachi menghancur semua

Jawapan itu aku tak pasti

Penamat cerita perlu dinanti

-the4basketeers-

Monday, May 11, 2009

Pelbagai cerita dirangkumkan sekali





Salam my friends..

Hari ini aku ada kelapangan sedikit..
Boleh la tulis apa-apa entri baru yang boleh dikongsi bersama.


Pertama, politik di Perak.

Komen aku, korang politician dah lupa kerja korang yang paling asas..
Yang aku tengok sekarang satu kerja pun tak boleh nak jalan..
Berkhidmatlah untuk rakyat..
Macamana nak beri khidmat kalau asyik bergaduh sahaja?
Selesaikan segera..
Kerja aku dan warganegara lain sebagai rakyat bukan nak pergi mengundi je tiap-tiap bulan..

Gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah..


Kedua, 5 penjenayah warga asing mati ditembak polis.

Tahun 70 an dan 80an dulu susah la nak dengar jenayah berleluasa macam sekarang..
Kenapa jadi begini?
Kerana adanya polisi pandangan singkat (kekurangan pekerja di sektor ladang dan pembinaan, ambil pekerja asing dan juga bila kolej swasta tak cukup pelajar, ambil pelajar asing)

Kauorang tengok la kat Kotaraya, KLCC dan Sogo..

Penuh dengan mat-mat Indon, Bangla, Vietnam, Pakistan dan Negro..
Ini semua mana tahu hormat undang-undang negara kita..

Kenapa nak jadi US yang yang rata-rata jenayah dilakukan oleh orang Mexico, El Salvador, Cuba, Jamaica dan African American..
Takkan kita nak jadi macam tu kot?

Baca metro je jenayah warga asing, pelacur warga asing, penyamun warga asing, pembunuh warga asing...

Sampai nak minum kat gerai-gerai dan nak naik bas awam pun kita dah takut..


Ketiga, kes ragut.. Puncanya satu, dadah..
Tak bekerja tapi nak hisap dadah..

Nak cari duit mudah, ragut beg tangan..

Bukan ragut beg je, ragut nyawa sekali..
Waktu zaman besi buruk mahal dulu, habis penutup-penutup lubang besi kena curi..
Sebabnya, dadah..

Memang patut peragut kena pukul sampai mati..
Bila buat jenayah sedap je,
Tak terpikir pulak risiko kena belasah oleh orang awam..


Keempat, gejala mat rempit..

Dulu kita panggil mat motor..

Sekarang paper panggil mat rempit..termasuk kita..

Seingat aku dulu, mat-mat motor passion utama berlumba... Jarang kita dengar buat jenayah lain..
Tapi sekarang mat rempit pukul semua..

Bukan setakat berlumba je, minum arak, main bohsia, merompak, merogol, pukul orang tak tentu pasal..


Sampai bila nak jadi macam ni..

Tak terpikir ke usia makin tua..

Takkan nak merempit lagi bila dah tua..

Takkan korang tak nak berkeluarga nanti?
Apa perasaan korang kalau benda sama yang korang buat sekarang terjadi pada famili korang pada tahun 2020 nanti?
Apa perasaan korang kalau anak korang jadi bohsia, ikut lari dengan mat rempit waktu 2020 nanti?..

Apa perasaan korang kalau kau tengah isi minyak kat stesen minyak, korang kena rompak?..


Apa yang kita buat sekarang akan datang balik kat kita pada masa depan..

Allah bayar cash, tak teringat ke korang semua ni..

Kelima, hiburan di TV..
Banyak betul rancangan realiti seperti nyanyian kat stesen-stesen TV..
Bukan nak betul-betul lahirkan penyanyi,
tapi nak untung singkat dan syok sendiri...

Yang untung stesen TV...


Mana pergi bekas-bekas pelajar ni sekarang?..

Yang betul-betul berjaya boleh dikira dengan jari..
Itupun tunggu masa populariti nak padam...

Yang selebihnya balik kampung tanam jagung..'

Takpun jadi deejay kat radio..
Sampai menangis-nangis penyanyi pojaan kena singkir..

Bila perang di Palestin tiada pulak reaksi sama macam tuh.. Setakat hulur duit lima, sepuluh ringgit..
Undi SMS sanggup beribu-ribu ringgit pulak...

Aku bukan nak kata aku baik sangat.
Kadangkala aku terlalai.
Baik dan jahat itu hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Aku membuat entri ini bukan kerana nama..

Niatku ingin mengatakan kepada dunia betapa parahnya kita sekarang..

Tapi itulah masalahnya negara kita sekarang..

Zaman tutup mata dah berlalu..

Sekarang zaman bertindak...

Kita perlu bertindak agar negara kita aman, makmur dan sentosa dari anasir-anasir ini...

-the4basketeers-

Saturday, May 9, 2009

Makna di dalam makna di dalam makna




P/S: Satu ekspresi abstrak warna-warna makna kehidupan yang gue hasilkan ketika gue mencari diri gue..Mata kasar takkan nampak dia punya purpose. Lue pikirlah sendiri pasal apa yang gue nampak tak sama dengan apa yang lue nampak..

-the4basketeers-

Thursday, May 7, 2009

Hari ini sungguh letih



About Problem...

Letih otak dan letih fizikal bagiku tak sama...
Letik otak kesan lagi mendalam....
Dah empat hari tiga malam berturut-turut aku marking paper...
Takde masa untuk memasukkan entri terbaru...

Tapi hari ini kemuncak letih aku...
Ada meeting tadi...
Aku belasah je apa aku nak luah...
Aku tak suka bermuka-muka...

Ada tak betul, kita patut bagitahu dan ambik tindakan...
Kalau ada yang terasa, mintak maaf la...
Aku direct je...

Pasal kalau aku simpan dan anggap takde apa-apa...masalah masih akan berterusan..
Masalah takkan selesai kalau kita kata semua OK tapi masalah masih wujud..
Lepas ni kalau ada permasalahan kita selesai sama-sama..
Insyallah
-the4basketeers-

Sunday, May 3, 2009

Jutawan Hina? Slumdog Millionaire?



(gambar diambil dari www.google.com)

Setelah puas bermadah minggu ini, aku nak cakap yang lain pulak la.. Bermadah tetap akan.. tunggu idea coming to me..

Hari ni aku nak cakap apasal filem la..
filem apa aku tengok minggu ni? SLUMDOG MILLIONAIRE.

Mati2 ingat filem Hindustan.. Memang la filem Hindustan, tapi format mcm citer omputeh.. takde nyanyi kt golek2 kt atas bukit, depan tasik atau tukar2 baju..


Komen ttg filem? Best. 4 setengah popcorn. Tapi kesian bila tgk orang miskin kt Mumbai tuh. Yg geli kt tempat jamban awam, tempat mandi dan setinggan kat situ..

Memang lg teruk dari setinggan kt Malaysia.
Memang kita patut bersyukur hidup di Malaysia yang takde sampai tahap miskin gila-gila-gila miskin macam kt India tuh. Nak mandi pun kongsi kolam. nak buang air besar pun payah..

Harap-harap di Malaysia takde mcm tuh. Kalau ada, sedih la..
Di mana orang kaya yang patut membantu sedikit sebanyak. -the4basketeers-

Saturday, May 2, 2009


The pinky

manusia tidak mahu belajar

belajar dari sirah
belajar dari kitab
belajar dari khilaf
sifat kau mudah alpa
tabiimu mudah leka


dan saat ini
manusia terpaksa membayar
virus kecil yang kau tak nampak
memadam ego kau yang tak ke mana
merentap nyawa kau yang berdosa
menyingkap silap kau dengan pencipta


mahu tak mahu
dirimu terpaksa
hadapilah hakikat pengakhiran bermula


-the4basketeers-

Friday, May 1, 2009

kau lupa kau alpa
wahai tuan,
lepaskanlah belenggu ini

rantai ini membelit kuat
dimana mungkin aku mengadu
cengkaman dirimu tak sudah-sudah
tangkaplah jasadku bunuhlah diriku
rampas semuanya hancurkan segala
tapi kau lupa apa kau tiada
prinsip diri tiada harganya

-the4basketeers-

Thursday, April 30, 2009


cermin

hai cermin, wahai cermin
pantulan dirimu merupai aku,
ke kanan aku, ke kanan engkau
melompat aku, melompat engkau
bercakap diriku bisulah engkau
ekspresi dirimu realiti aku
engkau mengikut tanpa membantah
siapalah engkau tanpa jasadku
tanpa dirimu, buntulah aku

-the4basketeers-

-Log off for unspecified period-
Tragedi kisah chenta

dua insan
mengapa kau bertemu ditakdirkan berpisah
seharusnya chentamu patut bersatu
tidak kusangka terjadi begini
tragedi chentamu mematahkan hati
kubukakan hati tanda simpati
agar kau tabah meniti hari
-the4basketeers-

Wednesday, April 29, 2009

Aku, isteri dan anak terchenta

Atas permintaan pelajar2 ku yang ingin nak tengok familiku, aku tunaikan janjiku.

(aku, my wife Ina and my daughter Nur Qistina"Qiskiss" Safiah)

-the4basketeers-


chenta yang hilang
(dedicated to my friend FB yg sedang mencari chentanya yg hilang)


M
enyisir getir semalam
merungkai kenangan sendiri
terkenang peristiwa dahulu
kalau boleh kau ubah sesuatu

yang pergi biarkan pergi
jangan kau toleh ke belakang lagi
andai takdir pemisah cintamu
yang penting dirimu sendiri

Hidup sendiri banyak menguji
Manis kehidupan seharusnya kau rasai
pergilah engkau mencari diri
dapat ketemu apa dicari

muncul kini diri kau yang baru

asam dan garam sudah kaurasa
dulu kau silap, kini kau hebat
bukalah cinta pada yang baru

-the4basketeers-

Result Test MGT362 (Business Development) sudah keluar

Ni adalah results test MGT362 (Business Development) for this semester.
Results penuh keseluruhan spt minor issue, major issue, group project paper, proposal dan presentation tidak boleh diberitahu buat masa ini, cuma results test sahaja boleh diberitahu kepada pelajar.
Berikut adalah result test berikut:

2006286168 11.1
2006286600 9.9
2006286193 11.3
2006286179 11.6
2006286689 11.8
2006286147 10.8
2006287216 12.0
2006287049 11.1
2006286657 10.6
2006287070 11.8
2006286378 10.8
2006286968 10.8
2006286936 11.1
2006286870 11.5
2006287168 11.8
2006286577 11.1
2006286115 12.7
2006287534 10.8
Jumlah markah penuh 15 markah. Hah, ok lah tu. nak banyak2 pasal apa tak jawab betul2 hari tu.
Simpan sikit utk semester depan. kehkehkeh..

-the4basketeers-

Tuesday, April 28, 2009

Muka aku ketika muda


Kengkawan...
Nilah muka aku ketika muda-muda dulu..
Dah besar lain lak roman nya aku..
waktu tu aku nak pergi memburu tupai kat kebun atuk aku

P/s: Tengah bored tahap cipan, that's the motive aku insert ini gambar.

Guess Guiss (teka-teki)


Boring dan letih la.
Bagi teka-teki la.

Kita suka makan ayam.
Ayam kan dari balung dia sampai kaki dia semua kita boleh makan, guna dan pakai.
So, soalan teka teki aku hari ni adalah...

"Dalam banyak-banyak bahagian ayam, bahagian apa yang paling nikmat yang amat"

Ni bukan teka-teki lucah ye (aku tidak sekali-kali akan melucah di blog secara direct kerana menjaga sensitiviti pembaca).

Hah, jawab jgn tak jawab..
Betul aku salute kt korang.
Au revoir mon ami...
-the4basketeers-

Monday, April 27, 2009

Keinginan aku

Aku tengok filem "the Bucket List" lakonan Morgan Freeman dan Jack Nicholson.
Citernya pasal apa you want to do before you die.
Kalau umur aku panjang, aku nak buat perkara-perkara ni sebelum aku pergi mengadap Ilahi.

1. Pergi Haji dan Umrah di Makkah.
2. Melawat tempat2 sejarah mcm tempat kat Jejak Rasul tu.
3. Naik kapalselam dan tenggelam dalam air (bukan sekadar naik sahaje).
4. Belajar jadi jurugambar profesional. Aku suka ambil gambar muka orang dalam hitam putih.
5. Mencuba senapang sniper ATM. (memanah aku dah cuba dah).
6. Tengok game basketball kat Boston Arena.
7. Nak cuba bawak kereta F1 yang power. (x mau la kereta mcm Force of India atau Minardi ker, nak try Honda or Ferrari).
8. Buat buku-buku, articles and journal International Business.
9. Nak melawat Antartika dan juga Artik.
10. Nak melawat "the Valley of Kings dan Piramid" di Mesir.
11. Nak naik space shuttle, tapi tak mahu take off. Takut la.
12. Nak cuba kereta Nascar.
13. Menyelam di Pulau Sipadan.
14. Nak jumpa Stephen Chow. Aku suka filem dia (bukan Taukey Wong ye).
15. Menjadi VC universiti aku.

Harap-harap boleh tercapailah hasrat aku. Insyaallah.
-the4basketeers-

Aisehman..

Baru mau buat suprise dan misteri...
sudah ada yang boleh teka...
Lepas ni kena bagi misteri susah-susah banyak.

Countdown

KOSONG.
Hari ni masih kosong.
Dah ambik dah, tapi belum mula lagi.
Malam ni start countdown kot.
5 hari je aku diberi.
Lebih, kena pot pet pot pet la aku.

Apa benda yang mengarut ni?
Tunggu.
Lu tengoklah nanti.
Misteri ni akan terurai tak lama nanti.
Biarlah kamu berteka-teki.

Sunday, April 26, 2009

Carry Marks IBM530 sudah keluar

Setelah bertungkus lumus bersengkang mata melihat dan marking kertas Test II yg bertulisan cantik, tulisan senget, tulisan buruk dan tulisan tamil anak-anak muridku, akhirnya selesai sudah markah carry marks untuk subjek International Business (IBM530) utk pelajar degree Marketing and Finance.

Harapan aku kpd budak-budak ni agar jgn konfiden sgt kalau mrkh tinggi dan jgn down kalau markah rendah.

Biasalah, tinggi rendah dlm markah. Yang penting, the end results waktu akhir June nanti.

Buat final esok dgn penuh hati-hati dan terbaik.

Jangan lukis kartun gambar saya bila blank (ada pernah yg buat sem2 lepas).

Jangan tulis surat rayuan kt belakang answer skrip (eg. Encik, tlg saya, saya ni paper last sebelum nak grad. Encik, encik hensem la, bg saya lulus la. Encik, nanti sy belanja mkn roti canai la..hah, macam2).

Bukan tak kesian. Kesian.
Tp kalau fail, bukan sy yg failkan kamu, tp kamu sendiri yg failkan diri sendiri (psl x stadi sungguh2).

Good luck and jangan lupa saya walau saya tak ajar kamu lagi pd masa depan.

P/S: Mau tengok carry marks, saya ada tampal depan opis saya.
-the4basketeers-

Aku sudah kembali

Wahai..jiwa-jiwa yang tenang...
Hati-hati lah dirimu
Aku sudah kembali..

Baru sampai kejap tadi..
Thanks to En Hisham pasal sudi ambik aku..
Menyusahkan dia aje..(memang itulah niatnya)
Tapi apa guna jiran kan kalau x mintak tolong...hehehe..
Jauh tu nak jalan kaki dari pondok Pak Guard ke rumah aku..

Kerja-kerja di Shah Alam dah settle..
Tapi kerja-kerja di sini belum settle lagi.
Harapan aku for the oncoming weeks, all of the works can be accomplished..
Berblog tetap..walaupun kerja banyak..

Aku tak ada kesempatan pergi KLBF, Kuala Lumpur.
There is no time pasal meeting habis lambat pukul 7.00 ptg since Rabu lepas..
Tak dapatlah nak beli buku-buku atau survey buku2 teks yang baru ke..
Takpe, nanti kita jumpa di Kok Lanas Book Fair (KLBF la tu jugak kan?)

Nanti aku masukkan apa2 entri yang aku dapat terpikirkan..
Salut, mon ami..

Friday, April 24, 2009

So much work, so little time

Assalamualaikum to all of you.
Sorry for the long absence.
Quite busy this week.
Ada kerja formal.
Nanti aku masuk entry balik la during this weekend.
Kepada sahabatku en hisham, en taukey wong dan en kombar CD, nak tengok Astro rumah aku silakan lah.
nak main PS, practice lah agar dapat kalahkan aku bila aku balik nanti
Jangan sepah2 rumah aku yang cantik tu dengan sampah sarap.
Kalau baju2 tu tolong jgn campak merata2.
Bawak rumah korang, basuhla...
Gen2 aku kalau sapa2 pandai bukak lock dia, silakan.
-the4basketeers-

Tuesday, April 21, 2009

Tau undang-undang ka tak tau undang2


Emosi aku automatic jadi tak stabil bila bawak kereta, lebih2 lagi kat KL dan kat sini.
Aku rasa berbakul kot sumpah seranah dan maki hamun yang aku kumpul bawak forward dlm akaun pahala dosa aku ni..

Aku rasa korang pun pernah alami pengalaman2 yang aku tempuhi.
Sebelum aku komen, ingin aku stresskan kat sini yang aku bukan la mat rempit, kaki drag kereta atau kaki pecut tak tentu pasal.
Kalau aku pecut lebih dari kadar biasa pun setakat ni pasal aku sakit perut, nak balik untuk melepas...
Kalau yang lain2 tu selalunya kelajuan biasa (tak terlalu laju, tak terlalu perlahan)...

Beberapa tabiat kebanyakan pemandu Malaysia yang aku nampak kat sini yang membuatkan kita naik marah, jadi tension dan nak langgar je kereta dia adalah..

1. Tak nak bagi atau malas bagi signal bila masuk simpang, tukar lorong dan memotong kenderaan lain. Kereta mahal-mahal, tapi signal tak mau kasi. Ikut kan hati aku, cabut je handle signal tu sedekah je kat aku kalau xnak pakai. Boleh aku buat handle raket pingpong aku. Ingat orang psikik ke tahu mana arah keta ko nak pergi. Bangang..

2. Bawak perlahan (<50km/j) kat lorong kanan sekali dan buat bodoh je bila orang bagi beam untuk nak potong. Punyalah panjang berderet, ingatkan lori balak ke kat depan, rupa2nya kereta terhegeh-hegeh. Sekolah memandu mn ko belajar bila bawak pelan, duduk lorong kanan. Bertimbang rasalah sikit kat org belakang. Mana tahu orang belakang sakit perut nak buang air besar ke. Bencong...

3. Bila ada awek kat sebelah, mulalah bawak mcm Jenson Button (F1 driver). Memandu secara melulu. Padahal bawak kancil 660 atau keta proton tahun 1985. Setakat enjin kecik dan dah lama mcm tu, mcmana ko nak dpt pick up potong kereta kt depan? Nak tunjuk kt awek la tu yg ko profesional driver. Blahlah..setakat keta sewa atau pinjam bapak, takdenya awek heran der..Bloody fool.

4. Suka pakai highlight atau lampu neon biru bila waktu malam tak kira tempat. Woi, ko ingat ni funfair ke atau mata aku mcm hero X-men yang pakai spek tu? Silau bodoh..Daripada aku masuk longkang pasal silau, baik aku langgar je ko. Dua2 puashati. Hotak takdak..

5. Naik moto, lampu merah kat belakang tak nyala pulak. Ni lagi satu, ko ingat semua driver 20/20 ke eyesight diaorg? Ada yg rabun malam, tak nampak sangat apa ada kt depan. Kalau moto kt depan takde lampu belakang, alamat siapla, memang tunggu masa nak kena langgar. Setakat mentol lampu RM3-RM5 tu x mampu beli ke? Rokok mampu pulak beli. Boloh punya worang.

6. Potong Q waktu kt traffic light atau nak masuk roundabout. Aku nak cepat, ko pun nak cepat. First come first serve la. Ko potong Q tu yg jadi jem tuh. Cuba belajar pendidikan moral sikit. Bawak bersobar. Hotak letak kat lutut.

7. Kucing yang suka melintas secara tiba2..Tgk la kiri kanan dulu kucing. Pasal tu kadar kematian kucing lagi tinggi di jlnraya berbanding mati ketika bergaduh...(eh, che deal, ini bukan pemandu la, ini binatang. Mana boleh masuk senarai). ye tak ye jugak..Semua ko nak marah che deal.

P/s: Opinion aku, ada kecelaruan dlm sistem pemberian lesen memandu kt M'sia. Mcm banyak lesen terbang dan lesen adjust je. Kalau pergi kelas memandu, pergi kuliah undang2 jalanraya, aku rasa sedikit sebanyak org tak amalkan perkara2 di atas.
Perkataan yg aku bold tu adalah sumpah-seranah yang aku ckp bila aku dah marah kt jalanraya. Aku tahu kena byk istighfar, tapi nak buat mcmna, tak buleh dah bersabar dah kalau org dah reti bahasa ni.

Merecharge diri ini...

Kenapa perlu balik?
Ada masa apabila enjin terlalu panas, yang kosong dah jadi penuh, yang clear dah jadi kusut, kita perlu kembali semula ke asal.

Apa yang lagi hebat selain dapat berada dengan orang2 tersayang, mencium tangan mak dan abah dan makan masakan rumah yang enak-enak.

Work hard, reward yourself with the money that you earn and share that moment with your loved one.
Tapi jangan la balik atas dasar ayam nak bertelur, kucing nak beranak, sudu patah ker atau balik pasal takde duit la...
Balik la atas niat menjenguk orang2 tersayang atau memerlukan semangat atau memerlukan kata-kata nasihat...
Bukannya balik, lepas tu tak hinggap kat rumah langsung..


Chewahhh..inilah kata2 orang yang baru balik (berlagak betul kau ye dapat pergi zoo)..
P/s: Zoo bukanlah kampung che deal ye..jangan salah paham lak.

Thursday, April 16, 2009

Berakhir sudah kekalutan minggu ini

Need some space....
Ingat nak pegi zoo negara la sama famili...
tengok capibara, badak air dan tenggiling...
nanti aku insert gambar la..
bila?...tak tahu la..
tunggu sampai aku pulang...
Log off for unspecified time...

Towkey Wong and Kombar Che-deal speaking di sini....



Sompono hari baik, bulan baik ni, den nak mintak maap la kalau ado terkasar bahaso kek sapo-sapo pun especially tuan punyo blog ni dan followers dio.
Bukan apo, den dan insaf dah ni.
Tak baik masuk blog orang...(eden tahu password ekau la pasai den intai hari tu apo ekau tulih)
Sorri yo che-deal.
Duo tigo hari ni den belajar buek blog sendiri..
Nanti den bori la address ee yo..bilo dah pandai

Kojap yo..ni Towkey Wong nak kobar sesuatu. Menyibuk yo orang tuo ni..
................
................
................
Itu sulah boleh tulis ka??
Line clear ka?
Wokey, saiya Towkey Wong pun sama woo..
Itu che-deal, saiya mahu belitahu woo..manyak sorri ma..masuk ini blog..
Nanti saiya bagi itu liskaun sama lu bila lu mau bili motor ka, tiwi ka, lalio ka..
Saiya sama itu kombar che-deal sulah insaf wooo..
lanti latang itu kidai saya, kita celita panjang lahh..

Kena backhand

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

-the4basketeers-

100 computer keyboard shortcuts

100 keyboard shortcuts

Untuk sesiapa yang nak cepat, di sini saya sertakan beberapa tips untuk cepat menaip. Budak2 Office Management pakar kot, tapi apa2apun yang bukan budak OM pun boleh apply ni.

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
Dialog Box Keyboard Shortcuts
CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
TAB (Move forward through the options)
SHIFT+TAB (Move backward through the options)
ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
ENTER (Perform the command for the active option or button)
SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)
m*cro$oft Natural Keyboard Shortcuts
Windows Logo (Display or hide the Start menu)
Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Windows Logo+D (Display the desktop)
Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
Windows Logo+E (Open My Computer)
Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
Windows Logo+U (Open Utility Manager)
Accessibility Keyboard Shortcuts
Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Windows Logo +U (Open Utility Manager)
Windows Explorer Keyboard Shortcuts
END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
m*cro$oft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts
CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
ALT+F4 (Close the console)
ALT+A (Display the Action menu)
ALT+V (Display the View menu)
ALT+F (Display the File menu)
ALT+O (Display the Favorites menu)
MMC Console Window Keyboard Shortcuts
CTRL+P (Print the current page or active pane)
ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)
Remote Desktop Connection Navigation
CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
ALT+HOME (Display the Start menu)
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
ALT+DELETE (Display the Windows menu)
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)
m*cro$oft Internet Explorer Navigation
CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)
-the4basketeers-

Jews@Yahudi@Juden

Ini adalah excerpts from email yang aku dapat daripada kengkawan aku.

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah di nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sebanyak 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon
-the4basketeers-

TemanTapi Mesra (versi kelate, nogori, kedah dan teganu)

Jumpa lirik lagu ni kat email. So, ni bukan aku punya original idea, sekadar menolong merebakkanya..

i) VERSI KELATE (SAING TAPI MESRO)

kawe punyo saing
saing sepermaine
Kemano ado dio selalu ado kawe

Dio amak come
Jugo baik hati
Dio selalu ado waktu
Untuk tulong kawe

(2)
Namung kawe bengooww
Ketiko dio ghoyak cinto
De dio jugok ghoyak
Tuk ingin jadi gewe kawe

Reff :
Cukup lah sajow saing nge kawe
Jange demo mitok lebih
Kawe tok ser mengcintai demo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro

kawe meme berkene pado diri demo
Namun kawe ado gewe doh
Lebih baik kito bersaing sajo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro..

ii) VERSI NOGORI (TOMAN TAPI MESRO):

den punyo toman
toman sepermainan
mano ado den selalu dio pun ado

Dio amek la lawa
Jugo baik hati
Dio selalu ado waktu
Untuk tolong den

(2)
Namun den bingung
tiko dio koba cinto
dio pun koba
nak jadi buah ati den

Reff :
Cukup lah yo betoman dongan den
janganlah ekau nak mintak lolobih
den tak nak ngan ekau pun
Kito betoman yo dah la
toman tampi mesro

den sobona'eh suko kek ekau
tampi den dah ado (laie lawa dr ekau)
Lobih baik la kito betoman yo
Kito bertoman ajo
toman tampi mesro..

iii) VERSI KEDAH (KAWAN TAPI RAPIT)

cheq ada kawan
kawan selalu dok main
tang mana ada cheq
tangtu mesti dia ada

dia segak sungguh
paihtu amat baguih
dia selalu ada masa
dok mai tulong cheq

(2)
yang dok buat cheq runsin
tang dia habaq ada hati kat cheq
dia habaq mai lagi
teringin nak buat cheq jadi marka dia

Reff:
dah la aihh takat berkawan dgn cheq
toksah hang dok gatai mintak lebih
cheq tak dak hati kat hang
kita kawan dah la no
kawan tapi rapit

cheq memang suka kawan dgn hang
tapi cheq dah ada marka dah la
kita kawan saja kan ka
kita berkawan dah la
kawan tapi rapit

iv) VERSI TEGANU

Aku ade temang
Temang sepemainang
Kat ane ade die sokmo ade aku

Die manih letieng
Hati die pong baik
Die sokmo ade mase
Nok tulong akuu

(2)
Tapi aku bengong
Mase die kabo nok kaseh
Pahtu die kate pulok
Nok jadi kaseh betol

Reff :
Aku kabo padang la kite kawang saje
Mung jangan mitok lebih2
Aku dok akang suke ke mungnye
Kite jadi kawang cukup ar
Kawang tapi kacip

Benonye aku suke gok ke mung
Tapi ade doh org cHop aku
Baik kite kawang je
Kite saing doh la
Kawang tapi kacip molek
ke guane...

-the4basketeers-

Wednesday, April 15, 2009

Tomorrrow is VIVA for final semester BBA Business students



To begin with, tomorrow is VIVA for final semester BBA Business students.
I will attend 8 sittings tomorrow.
4 students that I advised, another 4 students that I co-advised.

VIVA stand for "viva voce", the oral presentation for students who are taking research to defend their research findings and so forth.
Usually, the students must present their research findings for 40 minutes plus Q&A.

So, please get prepared and be calm.
If you do not know the answer for the questions, don't "goreng" and don't be too defensive and come out with the lame excuses.
Just simply say that you don't know and will find out the answer later.

Another advice, dress properly tomorrow and don't be late.
Check your power point and other materials that you want to show.
Sometimes, students will encounter with the technical problems (e.g virus attack, power point cannot be opened and others).

Last but not least, viva for the VIVa students!!
-the4basketeers-

Tuesday, April 14, 2009

Haiya...itu ala lampak itu sama kembar che-deal ka?


Haiyaa...itu manyak susah la mahu hack ini blog ma..
Saiya ala cakap sama itu che-deal, lu bikin ini blog, lu bagi itu password sama saiya ma.
Saiya mahu loin sama.
Tapi lia ha, tak mahu bagi sama saiya ma..
Haiya, saya manyak malah punya.

Semalam ma, saya suruh itu kembar che-deal tulis dalam ini blog.
Itu pasal lia cakap bahasa negeli semilan woo..
Dia mutut-mutut marah sama che-deal ma..
lia cakap sama saiya, lia mahu jalan2 itu negeli Indon sama che-deal ma..

Itu bloggers semua ada kinal itu kembar che deal ka?
Ada nampak sama lia ma?
Kalau nampak ma, belitahu itu Taukey Wong cari sama lia.
Itu kembar che-deal mahu jual kaming ha, lembu ha sama itu kilibau sama saiya.

Itu wang sudah kasi sama lia wooo..
tapi itu lumbu ha, kaming ha, kilibau ha...haiya...sampai sikalang haa tak nampak matang hilung ma..
kasi tau itu kembar che-deal ha, langan main-main sama saiya woo..
itu halong woo..saya manyak sidara sama itu halong..

Apa? Itu time sulah cukup wo??
Sikijap-sikijap, mau promote missness sikit...
haiya..manyak mising la ini hacker..
Lumpa lagi ma..jangan lupa kalau lu sumua mahu pinjam luit woo..
cari sama saiya woo..
Saiya bukan halong, pun mukan mahu tolong,
manyak mising la itu itu hacker..
chau cincau..langan lupa ha... call itu taukey Wong ho..
lombornya kosong satu ampat- ampat..ampat..ampat..tikan tikan tak dapat woo..