Tuesday, April 21, 2009

Tau undang-undang ka tak tau undang2


Emosi aku automatic jadi tak stabil bila bawak kereta, lebih2 lagi kat KL dan kat sini.
Aku rasa berbakul kot sumpah seranah dan maki hamun yang aku kumpul bawak forward dlm akaun pahala dosa aku ni..

Aku rasa korang pun pernah alami pengalaman2 yang aku tempuhi.
Sebelum aku komen, ingin aku stresskan kat sini yang aku bukan la mat rempit, kaki drag kereta atau kaki pecut tak tentu pasal.
Kalau aku pecut lebih dari kadar biasa pun setakat ni pasal aku sakit perut, nak balik untuk melepas...
Kalau yang lain2 tu selalunya kelajuan biasa (tak terlalu laju, tak terlalu perlahan)...

Beberapa tabiat kebanyakan pemandu Malaysia yang aku nampak kat sini yang membuatkan kita naik marah, jadi tension dan nak langgar je kereta dia adalah..

1. Tak nak bagi atau malas bagi signal bila masuk simpang, tukar lorong dan memotong kenderaan lain. Kereta mahal-mahal, tapi signal tak mau kasi. Ikut kan hati aku, cabut je handle signal tu sedekah je kat aku kalau xnak pakai. Boleh aku buat handle raket pingpong aku. Ingat orang psikik ke tahu mana arah keta ko nak pergi. Bangang..

2. Bawak perlahan (<50km/j) kat lorong kanan sekali dan buat bodoh je bila orang bagi beam untuk nak potong. Punyalah panjang berderet, ingatkan lori balak ke kat depan, rupa2nya kereta terhegeh-hegeh. Sekolah memandu mn ko belajar bila bawak pelan, duduk lorong kanan. Bertimbang rasalah sikit kat org belakang. Mana tahu orang belakang sakit perut nak buang air besar ke. Bencong...

3. Bila ada awek kat sebelah, mulalah bawak mcm Jenson Button (F1 driver). Memandu secara melulu. Padahal bawak kancil 660 atau keta proton tahun 1985. Setakat enjin kecik dan dah lama mcm tu, mcmana ko nak dpt pick up potong kereta kt depan? Nak tunjuk kt awek la tu yg ko profesional driver. Blahlah..setakat keta sewa atau pinjam bapak, takdenya awek heran der..Bloody fool.

4. Suka pakai highlight atau lampu neon biru bila waktu malam tak kira tempat. Woi, ko ingat ni funfair ke atau mata aku mcm hero X-men yang pakai spek tu? Silau bodoh..Daripada aku masuk longkang pasal silau, baik aku langgar je ko. Dua2 puashati. Hotak takdak..

5. Naik moto, lampu merah kat belakang tak nyala pulak. Ni lagi satu, ko ingat semua driver 20/20 ke eyesight diaorg? Ada yg rabun malam, tak nampak sangat apa ada kt depan. Kalau moto kt depan takde lampu belakang, alamat siapla, memang tunggu masa nak kena langgar. Setakat mentol lampu RM3-RM5 tu x mampu beli ke? Rokok mampu pulak beli. Boloh punya worang.

6. Potong Q waktu kt traffic light atau nak masuk roundabout. Aku nak cepat, ko pun nak cepat. First come first serve la. Ko potong Q tu yg jadi jem tuh. Cuba belajar pendidikan moral sikit. Bawak bersobar. Hotak letak kat lutut.

7. Kucing yang suka melintas secara tiba2..Tgk la kiri kanan dulu kucing. Pasal tu kadar kematian kucing lagi tinggi di jlnraya berbanding mati ketika bergaduh...(eh, che deal, ini bukan pemandu la, ini binatang. Mana boleh masuk senarai). ye tak ye jugak..Semua ko nak marah che deal.

P/s: Opinion aku, ada kecelaruan dlm sistem pemberian lesen memandu kt M'sia. Mcm banyak lesen terbang dan lesen adjust je. Kalau pergi kelas memandu, pergi kuliah undang2 jalanraya, aku rasa sedikit sebanyak org tak amalkan perkara2 di atas.
Perkataan yg aku bold tu adalah sumpah-seranah yang aku ckp bila aku dah marah kt jalanraya. Aku tahu kena byk istighfar, tapi nak buat mcmna, tak buleh dah bersabar dah kalau org dah reti bahasa ni.

5 comments:

  1. Che-Deal,
    ini alasan sbb pe diorg buat gitu...

    1)memanglah kete diorg mahal tapi diorg beli kete mane de include dgn signal.sbb "murah" sgt.ape kelas...

    2)sebenarnye diorg nak menikmati pemandangan indah sebelah kanan. mane tau dapat selisih dengan awek cun ke takpun dgn mamat hensem. boleh kenyit2 mate.kalau duk lane kiri, mne nak nmapk..nmpak kete Che-deal je duk potong kete diorg.

    3)sebenarnya diorg nak tunjuk kat Che-Deal, kete kancil lebih hebat dr kete Gen2 hitam Che-deal tu.plak tu dgn kete kancil pun awek cun nak naik.heheh..KALAU sayelah awek tu, mau sye ketuk kepala laki tu, tak sedar diri, ade hati nak potong kete Che-Deal..

    4)sebenarnye diorg tak nampak kete Che-Deal yang warna hitam berkilat tu, sbb tu diorg bg highlight.mungkin gak, kete Che-Deal, lampu malap, so diorg tolong suluhkan untuk Che-Deal.heheh

    5)Diorg sebenarnye nak test power mata Che-Deal. masih ok ke tak ok..kalau Che-Deal langgar, nampak gayanye Che-Deal kene g check mata tu..kot2 ade masalah ke..heheh

    6)bila diorg potong Q, dia nak tunjuk berlagak kat Che-Deal, yang diorg tak takut dengan undang-undang jalan raya, sape brani saman diorang.orang saman, diorg "hulur" lah ape2..diorg naklah berlagak dgn Che-Deal yang betul2 mematuhi undang2 jalan raya,..(ye ke Che-Deal?..hehe.)

    7)hah, ni mesti Che-Deal yang selalu duk langgar kucing yang duk lintas jalan, smpai terkeluar usus-usus perut..Che-Deal yang bawa laju sgt smpai tak sempat nak break.sian kucing tu.

    Akhir kata, buatlah mcam sye, lesen kete ade, penuh plak tu, tapi wat jadi pekasam.je..lebih suke menjadi penumpang.. so, dptlah elak dr jadi pemandu yang telah disenaraikan oleh Che-Deal.. itu lebih baik kan ??

    Che-Deal, tumpang kete..heheh..

    ReplyDelete
  2. Bagus la penjelasan2 di atas.
    Lepas ni tak nak maki la..saya nak jd memahami lah..

    Buleh..buleh..buleh tumpang...
    Tapi mcm Air Asia jugak.
    Kalau booking nak tumpang sekarang, dua tahun lagi boleh la tumpang.
    Banyak seat kosong orang dah reserve awal2 dah. Sebelum beli keta tu lagi.
    Itu yg heran tuh...
    Ramai woo nak tumpang...yang nak duduk bonet belakang dan atas bumbung pun dah penuh.
    Kalau nak cepat, tumpang duduk kat side mirror oklah..
    Kalau tumpang keta baru en hisham syncromokbouncer lagi baguihh..
    keta saya dah lama, keta dia baru nak beli..

    ReplyDelete
  3. Uish, kete syncromokbouncer tu baru sgt. tak sudi nye dia menjemput sye naik,sapelah sye ni kan..

    kete Che-Deal yg lame bru best..sye booking naik,duk kat handbreak, tgh2 tu je..ngadap aircond..hehehe..kalau duduk kat side mirrow, nmpak mcm pontianak plak, bertenggek gak situ.heheh..

    yerlah,sye ni reti menumpang je, sapelah yg sudi nak menumpangkan..harte pun takde..nk beli kete pun tak mampu..takde spe kesian..kete mainan jelah sye naik.takpun kete pusing2 kat funfair tu..

    ReplyDelete
  4. salam..wei..gapo dio nih?
    kawe tok seih beli keto...

    kawe nok cari bini doh ado keto dah...mudah dan menjimatkan..kalo dia tok seih bagi kawe naik keto dia...dia bleh tido luar malam2...hehehehe

    p/s:tempat chating kawe dah jadi tempat tempahan tiket pg zoo..

    en.aidil..nanti pg s.alam beli baju kat uptown s.alam....dah koyak dah...baju

    ReplyDelete
  5. to: Che-Deal
    cc: Lukisan Pena dan Tuan Muqay

    ni yang ambo dok ghoyak dengan Tuan Muqay, laki pakai harta bini..kesian kan orang gini.heheh.Lukisan Pena, tahun depan mu guno keto bini mu deh..suruh dia beli, Toyota Camry, takpun Toyata Corolla SEG yer??..

    Amboi Lukisan Pena, kome takde baju dah ke?kesian nengoknye.baju kome koyak dah??itu tande kome kne kawin cpt.hehe..ni duk bermanje dgn Che-deal, ape ke hal nye.

    ReplyDelete