Saturday, April 11, 2009
Pasal bola
Aku nak bagi komen pasal rusuhan kat stadium bola baru2 ni.
Tak berbaloi la nak merusuh pasal pasukan bola negeri atau kelab masing2.
Bolasepak Malaysia bukan gah sangat di persada antarabangsa, apatah lagi team2 kelab atau negeri yang sedia ada.
Setakat menang Piala kat dalam Malaysia tapi kat luar main out.
Bukan nak memperkecilkan negara sendiri. Pasal sayang Malaysia la aku cakap ni.
Kalau kita punya team setanding dan player2 bola kita memang power mcm kat Europe, Afrika, Korea dan Jepun, berbaloilah jugak nak mengamuk pasal kalah.
Kalau u tengok pun, team yang jadi champions Piala Malaysia, FA dan Liga pun kena budak2 je dengan team2 Arab dan Jepun dalam AFC.
Jadi, kesimpulan pendapat aku adalah, kalau nak tunjuk rasa tidak puas hati, biarlah isunya lebih kuat dan padat. Nak merusuh pasal Israel serang Palestine ker, atau yang sewaktu dengannya yang menyentuh isu agama, bangsa dan kedaulatan raja kita barulah betul sikit.
Yang susah sekarang adalah saudara kita yang buta sebelah mata kerana kena peluru gas pemedih mata tuh. Berbaloikah hilang penglihatan atau hilang nyawa sekalipun dek kerana bola?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemain bola sepak di malaysia ada masa depan kah??
ReplyDeletesaya bukanlah terlalu meminati bola sepak ni.untuk ikuti apatah lagi, sekadar tahu sahaja..
apelah sgt nak merusuh tu..mungkin mereka tak dapat nak menerima kenyataan kalah di negeri sendiri..itu yang mereka tak puas hati..
Dulu ada masa depan, skrg pun ada sekiranya anda mengenali seseorang dlm pengurusan bola sepak.
ReplyDeleteDulu peminat fanatik Perlis, tapi skrg tidak krn kwn2 aku main perlis semua krn duit. Tak bayar gaji bagi kalah. aku bayar tiket bro!
salam buat annur huda,
ReplyDeletetak pernah lagi dengar player bola kat Malaysia jadi jutawan pasal main bola.
kalau kita baca paper pun, ada bekas pemain yang hidup melarat lepas bersara.
tapi walaumacamana pun, bolasepak kita boleh maju jika sistem sedia ada di'overhaul'.
player muda kita yang berbakat ramai (tak percaya, tengok la gelanggang futsal di mana2 pun).
tapi bila masuk umur atas 20 tahun, tak tahu mana pergi mereka2 tuh.
mungkin tiada follow up dari FAM kot ataupun player yang berbakat ni menjadi mangsa pilih kasih ketika pemilihan.
satu lagi pemerhatian saya, ramai jugak player yang berbakat berhenti main secara kompetitif kerana masuk universiti. jadi ulat buku kot.
dear en muqay,
ReplyDeleteTeam negeri pun satu, terlalu mengharap duit kutipan tiket.
patutnya cuba cari sumber kewangan yang lain. bila main tak bagus, kutipan tiket jadi rendah, so gaji pemain tak bleh bayar.
Pemain pulak marah la pasal tak bayar gaji. tu yang makan rasuah tu bg team sendiri kalah.
aku dah lama tak pegi tgk bola kat stadium. bukan tak mau pegi sokong.
tapi selagi kualiti kita masih di takuk tu aja, payah la aku nak pegi tengok. tak mencabar pun la.