Wednesday, May 13, 2009

OPERA KEHIDUPAN




Berdiri aku di pentas ini

Mata tertumpu gerak aksiku
Skrip terpampang dalam mindaku

Orang tak nampak persis halimunan

Hidup mudah aku hajatkan

Namun susah datang memanjat

Pelakon tambahan memanjang cerita
Buntu diriku aksi cerita


Latar pentas menaikkan roma

Babak dan babak begitu menguja
Aku tak pasti akhir cerita

Boleh berubah sekelip mata


Opera hidup menjadi bukti

Wujud diriku mengolah drama
Akukah hero mengubah cerita

Akukah balachi menghancur semua

Jawapan itu aku tak pasti

Penamat cerita perlu dinanti

-the4basketeers-

4 comments:

  1. che-deal..

    wah, sajak che-deal ni..cube che-deal nyanyi guna lagu AMUK-AKU MAHU PULANG..~layannn~

    macam jadi je..Lagu fav sye tu..
    Chorus:
    Terimalah kembali, wajah ini
    Jangan terus membenci, sampai mati
    Sedang hari berganti, kau mengerti
    Sedang masa berganda, kau merasa

    Aku manusia, pelakon cerita
    Di pementasan, alam ciptaannya
    Bukan sengaja, melanggar arahan
    Kadang terlupa, watak dan peranan
    Aku manusia

    kan..betul..sye boleh watlah che-deal..cume peliklah dgrnye..but it's nice song to motivate ourself..(sye pun layan AMUK gak tau..CROMOK, boleh ah ckit2..)

    ReplyDelete
  2. che-deal,

    kesian sama itu pelakon slumdog, pelakon kecil lelaki tu, walaupun dia mng award dengan citer yang terbaik tu, tapi pada asalnya, rumah nye di india kne roboh oleh kerajaan india..

    apelah nasib...

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru..

    dgr lagu nih..nostalgila beb..masa sek. ren.dulu2
    Kami guru Malaysia
    Berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putra putri negara kita

    Pada Seri Paduka
    Kami tumpahkan setia
    Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua

    Di bidang pembangunan
    Kami tetap bersama
    Membantu, membina
    Negara yang tercinta

    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan

    Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

    ReplyDelete
  4. En Lukisan Pena,

    aih, post lirik je ke??bile nak nyanyi nye..

    mehlah naynyi beramai2 berkarataoke bersama che-deal,Towkey Wong, KOmbar CD , serta ankabut..heheh

    ReplyDelete