Pelbagai cerita dirangkumkan sekali
Salam my friends..
Hari ini aku ada kelapangan sedikit..
Boleh la tulis apa-apa entri baru yang boleh dikongsi bersama.
Pertama, politik di Perak.
Komen aku, korang politician dah lupa kerja korang yang paling asas..
Yang aku tengok sekarang satu kerja pun tak boleh nak jalan.. Berkhidmatlah untuk rakyat..
Macamana nak beri khidmat kalau asyik bergaduh sahaja? Selesaikan segera..
Kerja aku dan warganegara lain sebagai rakyat bukan nak pergi mengundi je tiap-tiap bulan..
Gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah..
Kedua, 5 penjenayah warga asing mati ditembak polis.
Tahun 70 an dan 80an dulu susah la nak dengar jenayah berleluasa macam sekarang..
Kenapa jadi begini? Kerana adanya polisi pandangan singkat (kekurangan pekerja di sektor ladang dan pembinaan, ambil pekerja asing dan juga bila kolej swasta tak cukup pelajar, ambil pelajar asing)
Kauorang tengok la kat Kotaraya, KLCC dan Sogo..
Penuh dengan mat-mat Indon, Bangla, Vietnam, Pakistan dan Negro..
Ini semua mana tahu hormat undang-undang negara kita..
Kenapa nak jadi US yang yang rata-rata jenayah dilakukan oleh orang Mexico, El Salvador, Cuba, Jamaica dan African American..
Takkan kita nak jadi macam tu kot?
Baca metro je jenayah warga asing, pelacur warga asing, penyamun warga asing, pembunuh warga asing...
Sampai nak minum kat gerai-gerai dan nak naik bas awam pun kita dah takut..
Ketiga, kes ragut.. Puncanya satu, dadah..
Tak bekerja tapi nak hisap dadah..
Nak cari duit mudah, ragut beg tangan..
Bukan ragut beg je, ragut nyawa sekali..
Waktu zaman besi buruk mahal dulu, habis penutup-penutup lubang besi kena curi..
Sebabnya, dadah..
Memang patut peragut kena pukul sampai mati..
Bila buat jenayah sedap je,
Tak terpikir pulak risiko kena belasah oleh orang awam..
Keempat, gejala mat rempit..
Dulu kita panggil mat motor..
Sekarang paper panggil mat rempit..termasuk kita..
Seingat aku dulu, mat-mat motor passion utama berlumba... Jarang kita dengar buat jenayah lain..
Tapi sekarang mat rempit pukul semua..
Bukan setakat berlumba je, minum arak, main bohsia, merompak, merogol, pukul orang tak tentu pasal..
Sampai bila nak jadi macam ni..
Tak terpikir ke usia makin tua..
Takkan nak merempit lagi bila dah tua..
Takkan korang tak nak berkeluarga nanti?
Apa perasaan korang kalau benda sama yang korang buat sekarang terjadi pada famili korang pada tahun 2020 nanti?
Apa perasaan korang kalau anak korang jadi bohsia, ikut lari dengan mat rempit waktu 2020 nanti?..
Apa perasaan korang kalau kau tengah isi minyak kat stesen minyak, korang kena rompak?..
Apa yang kita buat sekarang akan datang balik kat kita pada masa depan..
Allah bayar cash, tak teringat ke korang semua ni..
Kelima, hiburan di TV..
Banyak betul rancangan realiti seperti nyanyian kat stesen-stesen TV..
Bukan nak betul-betul lahirkan penyanyi,
tapi nak untung singkat dan syok sendiri...
Yang untung stesen TV...
Mana pergi bekas-bekas pelajar ni sekarang?..
Yang betul-betul berjaya boleh dikira dengan jari..
Itupun tunggu masa populariti nak padam...
Yang selebihnya balik kampung tanam jagung..'
Takpun jadi deejay kat radio..
Sampai menangis-nangis penyanyi pojaan kena singkir..
Bila perang di Palestin tiada pulak reaksi sama macam tuh.. Setakat hulur duit lima, sepuluh ringgit..
Undi SMS sanggup beribu-ribu ringgit pulak...
Aku bukan nak kata aku baik sangat.
Kadangkala aku terlalai.
Baik dan jahat itu hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Aku membuat entri ini bukan kerana nama..
Niatku ingin mengatakan kepada dunia betapa parahnya kita sekarang..
Tapi itulah masalahnya negara kita sekarang..
Zaman tutup mata dah berlalu..
Sekarang zaman bertindak...
Kita perlu bertindak agar negara kita aman, makmur dan sentosa dari anasir-anasir ini...
-the4basketeers-
che-deal,
ReplyDeletemacam2 dh berlaku sekrang ni. kat tempat sye ni pun, dh ramai sgt pelajar asing.berkulit hitam likat, tapi hensem jugak..hehehe. tak kurang jugak ade yg berkulit putih, laki dan perempuan,majoritinya budak pasca. budak under grad, adelah dlm 10-20 orang.bru thun ni. rmai sgt yg dtg.
kisah mat rempit n ragut, smlm kawan sye citer mak dia kne ragut time nak g mkn.nasib baik mak dia takde pape.tapi dlm beg tu adelah segala kad and buku akaun.cash pun ckit jelah..
realiti pun sekrang ni byk je. AF, dh mcm mls nak tgk.tak ikut sgt pun,..coz mcm takde aura je.asik bende yg sme je.try tgk MEntor plak skrang ni. tak tau ah. mcmne nanti..
hal politik, sye mls nak ckp bnyak, kite ni manusia, tak baik gaduh-gaduh. hiduplah dengan aman..
itu komen dr sye..yg tgh "kelaparan".heheh