Thursday, July 29, 2010

Back for good

Sudah terlalu lama tidak menulis.. lebih setahun dah..haku pun sudah tidak ingat macamana mahu update blog dah..blog haku mungkin dah tumbuh sarang labah-labah dah..
Inilah penangan Facebook yang aku rasa lebih terkesima nak post sesuatu berbanding blog ni..
Masa pun takde nak tulis blog..kerja, balik kerja, jadi fellow kolej lak waktu malam..
Anyway, aku harap coretan sedikit ini akan menjadi titik tolak supaya haku aktif balik menulis blog..
Hari ini banyak good news haku dapat..yang paling penting sekali, court basket sudah siap..haku sudah try petang tadi dan wah seronoknya dapat mengeluarkan sedikit peluh.
Buat rekod untuk gelanggang baru dengan memasukkan bola dari tengah court dua kali setelah dicabar budak2 ni..hah, kena salut tangan mereka kat haku..sentuhan listrik tangan ini masih ada walaupun umur makin memanjat diri ini..
Urusan pengesahan pun sudah hampir selesai..claim pergi Kuching pun dah diluluskan, dapat extra rezeki lagi pasal ada pelajar PLK jadi student haku untuk thesis dia..
So this is NEW beginning for me this year..welcome my blog because i'm back for good...

Thursday, June 11, 2009

aKu SudAh kEmbAli

tuan-tuan..puan-puan..cik-cik dan dif-dif terhormat sumua..



(gambar kawah tangkuban perahu, Bandung)
Ingin aku nyatakan aku sudah kEmbALi ke arena blog aku ni setelah lama bercuti dan mendiamkan diri..
Hmm..apa dah jadi kat alam blog sekarang?
Ada yang meletup atau terbakar ke?
Ada yang dah pencen selamanya ke?

Tapi yang pasti aku pencen sekejap je..
Ini termasuk la persatuan-persatuan kengkawan di bawah aku..
Che-deal pencen sekejap, towkey, hisham, si Kimi dan kombar pun pencen sekejap jugak..
One for all, all for one..
Itulah the 4basketeers...
Wait for the new season 4 upload the latest news about aku..

Cuti ni aku pergi Melaka bandaraya bersejarah..
Berlumba gokart yg aku ingat slow je padahal laju giler..(dah bawak baru tahu)...
Melawat sambil bersajak di Bandung dan Djakarta..
and then drive ke Perlis dan Padang Besar pulak mencari kueytiaw kerang dan buah mangga harum manis..
boleh la buat buku travelog ronda-ronda dalam dan luar negara..

yang pasti duit aku habis banyak cuti kali ni..
tengah menulis ni pun tengah makan mi maggie ni..hehehehe..
aku chao dulu, nanti aku datang balik...
-the4basketeers-

Wednesday, May 13, 2009

OPERA KEHIDUPAN




Berdiri aku di pentas ini

Mata tertumpu gerak aksiku
Skrip terpampang dalam mindaku

Orang tak nampak persis halimunan

Hidup mudah aku hajatkan

Namun susah datang memanjat

Pelakon tambahan memanjang cerita
Buntu diriku aksi cerita


Latar pentas menaikkan roma

Babak dan babak begitu menguja
Aku tak pasti akhir cerita

Boleh berubah sekelip mata


Opera hidup menjadi bukti

Wujud diriku mengolah drama
Akukah hero mengubah cerita

Akukah balachi menghancur semua

Jawapan itu aku tak pasti

Penamat cerita perlu dinanti

-the4basketeers-

Monday, May 11, 2009

Pelbagai cerita dirangkumkan sekali





Salam my friends..

Hari ini aku ada kelapangan sedikit..
Boleh la tulis apa-apa entri baru yang boleh dikongsi bersama.


Pertama, politik di Perak.

Komen aku, korang politician dah lupa kerja korang yang paling asas..
Yang aku tengok sekarang satu kerja pun tak boleh nak jalan..
Berkhidmatlah untuk rakyat..
Macamana nak beri khidmat kalau asyik bergaduh sahaja?
Selesaikan segera..
Kerja aku dan warganegara lain sebagai rakyat bukan nak pergi mengundi je tiap-tiap bulan..

Gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah..


Kedua, 5 penjenayah warga asing mati ditembak polis.

Tahun 70 an dan 80an dulu susah la nak dengar jenayah berleluasa macam sekarang..
Kenapa jadi begini?
Kerana adanya polisi pandangan singkat (kekurangan pekerja di sektor ladang dan pembinaan, ambil pekerja asing dan juga bila kolej swasta tak cukup pelajar, ambil pelajar asing)

Kauorang tengok la kat Kotaraya, KLCC dan Sogo..

Penuh dengan mat-mat Indon, Bangla, Vietnam, Pakistan dan Negro..
Ini semua mana tahu hormat undang-undang negara kita..

Kenapa nak jadi US yang yang rata-rata jenayah dilakukan oleh orang Mexico, El Salvador, Cuba, Jamaica dan African American..
Takkan kita nak jadi macam tu kot?

Baca metro je jenayah warga asing, pelacur warga asing, penyamun warga asing, pembunuh warga asing...

Sampai nak minum kat gerai-gerai dan nak naik bas awam pun kita dah takut..


Ketiga, kes ragut.. Puncanya satu, dadah..
Tak bekerja tapi nak hisap dadah..

Nak cari duit mudah, ragut beg tangan..

Bukan ragut beg je, ragut nyawa sekali..
Waktu zaman besi buruk mahal dulu, habis penutup-penutup lubang besi kena curi..
Sebabnya, dadah..

Memang patut peragut kena pukul sampai mati..
Bila buat jenayah sedap je,
Tak terpikir pulak risiko kena belasah oleh orang awam..


Keempat, gejala mat rempit..

Dulu kita panggil mat motor..

Sekarang paper panggil mat rempit..termasuk kita..

Seingat aku dulu, mat-mat motor passion utama berlumba... Jarang kita dengar buat jenayah lain..
Tapi sekarang mat rempit pukul semua..

Bukan setakat berlumba je, minum arak, main bohsia, merompak, merogol, pukul orang tak tentu pasal..


Sampai bila nak jadi macam ni..

Tak terpikir ke usia makin tua..

Takkan nak merempit lagi bila dah tua..

Takkan korang tak nak berkeluarga nanti?
Apa perasaan korang kalau benda sama yang korang buat sekarang terjadi pada famili korang pada tahun 2020 nanti?
Apa perasaan korang kalau anak korang jadi bohsia, ikut lari dengan mat rempit waktu 2020 nanti?..

Apa perasaan korang kalau kau tengah isi minyak kat stesen minyak, korang kena rompak?..


Apa yang kita buat sekarang akan datang balik kat kita pada masa depan..

Allah bayar cash, tak teringat ke korang semua ni..

Kelima, hiburan di TV..
Banyak betul rancangan realiti seperti nyanyian kat stesen-stesen TV..
Bukan nak betul-betul lahirkan penyanyi,
tapi nak untung singkat dan syok sendiri...

Yang untung stesen TV...


Mana pergi bekas-bekas pelajar ni sekarang?..

Yang betul-betul berjaya boleh dikira dengan jari..
Itupun tunggu masa populariti nak padam...

Yang selebihnya balik kampung tanam jagung..'

Takpun jadi deejay kat radio..
Sampai menangis-nangis penyanyi pojaan kena singkir..

Bila perang di Palestin tiada pulak reaksi sama macam tuh.. Setakat hulur duit lima, sepuluh ringgit..
Undi SMS sanggup beribu-ribu ringgit pulak...

Aku bukan nak kata aku baik sangat.
Kadangkala aku terlalai.
Baik dan jahat itu hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Aku membuat entri ini bukan kerana nama..

Niatku ingin mengatakan kepada dunia betapa parahnya kita sekarang..

Tapi itulah masalahnya negara kita sekarang..

Zaman tutup mata dah berlalu..

Sekarang zaman bertindak...

Kita perlu bertindak agar negara kita aman, makmur dan sentosa dari anasir-anasir ini...

-the4basketeers-

Saturday, May 9, 2009

Makna di dalam makna di dalam makna




P/S: Satu ekspresi abstrak warna-warna makna kehidupan yang gue hasilkan ketika gue mencari diri gue..Mata kasar takkan nampak dia punya purpose. Lue pikirlah sendiri pasal apa yang gue nampak tak sama dengan apa yang lue nampak..

-the4basketeers-

Thursday, May 7, 2009

Hari ini sungguh letih



About Problem...

Letih otak dan letih fizikal bagiku tak sama...
Letik otak kesan lagi mendalam....
Dah empat hari tiga malam berturut-turut aku marking paper...
Takde masa untuk memasukkan entri terbaru...

Tapi hari ini kemuncak letih aku...
Ada meeting tadi...
Aku belasah je apa aku nak luah...
Aku tak suka bermuka-muka...

Ada tak betul, kita patut bagitahu dan ambik tindakan...
Kalau ada yang terasa, mintak maaf la...
Aku direct je...

Pasal kalau aku simpan dan anggap takde apa-apa...masalah masih akan berterusan..
Masalah takkan selesai kalau kita kata semua OK tapi masalah masih wujud..
Lepas ni kalau ada permasalahan kita selesai sama-sama..
Insyallah
-the4basketeers-

Sunday, May 3, 2009

Jutawan Hina? Slumdog Millionaire?



(gambar diambil dari www.google.com)

Setelah puas bermadah minggu ini, aku nak cakap yang lain pulak la.. Bermadah tetap akan.. tunggu idea coming to me..

Hari ni aku nak cakap apasal filem la..
filem apa aku tengok minggu ni? SLUMDOG MILLIONAIRE.

Mati2 ingat filem Hindustan.. Memang la filem Hindustan, tapi format mcm citer omputeh.. takde nyanyi kt golek2 kt atas bukit, depan tasik atau tukar2 baju..


Komen ttg filem? Best. 4 setengah popcorn. Tapi kesian bila tgk orang miskin kt Mumbai tuh. Yg geli kt tempat jamban awam, tempat mandi dan setinggan kat situ..

Memang lg teruk dari setinggan kt Malaysia.
Memang kita patut bersyukur hidup di Malaysia yang takde sampai tahap miskin gila-gila-gila miskin macam kt India tuh. Nak mandi pun kongsi kolam. nak buang air besar pun payah..

Harap-harap di Malaysia takde mcm tuh. Kalau ada, sedih la..
Di mana orang kaya yang patut membantu sedikit sebanyak. -the4basketeers-

Saturday, May 2, 2009


The pinky

manusia tidak mahu belajar

belajar dari sirah
belajar dari kitab
belajar dari khilaf
sifat kau mudah alpa
tabiimu mudah leka


dan saat ini
manusia terpaksa membayar
virus kecil yang kau tak nampak
memadam ego kau yang tak ke mana
merentap nyawa kau yang berdosa
menyingkap silap kau dengan pencipta


mahu tak mahu
dirimu terpaksa
hadapilah hakikat pengakhiran bermula


-the4basketeers-

Friday, May 1, 2009

kau lupa kau alpa
wahai tuan,
lepaskanlah belenggu ini

rantai ini membelit kuat
dimana mungkin aku mengadu
cengkaman dirimu tak sudah-sudah
tangkaplah jasadku bunuhlah diriku
rampas semuanya hancurkan segala
tapi kau lupa apa kau tiada
prinsip diri tiada harganya

-the4basketeers-

Thursday, April 30, 2009


cermin

hai cermin, wahai cermin
pantulan dirimu merupai aku,
ke kanan aku, ke kanan engkau
melompat aku, melompat engkau
bercakap diriku bisulah engkau
ekspresi dirimu realiti aku
engkau mengikut tanpa membantah
siapalah engkau tanpa jasadku
tanpa dirimu, buntulah aku

-the4basketeers-

-Log off for unspecified period-
Tragedi kisah chenta

dua insan
mengapa kau bertemu ditakdirkan berpisah
seharusnya chentamu patut bersatu
tidak kusangka terjadi begini
tragedi chentamu mematahkan hati
kubukakan hati tanda simpati
agar kau tabah meniti hari
-the4basketeers-

Wednesday, April 29, 2009

Aku, isteri dan anak terchenta

Atas permintaan pelajar2 ku yang ingin nak tengok familiku, aku tunaikan janjiku.

(aku, my wife Ina and my daughter Nur Qistina"Qiskiss" Safiah)

-the4basketeers-


chenta yang hilang
(dedicated to my friend FB yg sedang mencari chentanya yg hilang)


M
enyisir getir semalam
merungkai kenangan sendiri
terkenang peristiwa dahulu
kalau boleh kau ubah sesuatu

yang pergi biarkan pergi
jangan kau toleh ke belakang lagi
andai takdir pemisah cintamu
yang penting dirimu sendiri

Hidup sendiri banyak menguji
Manis kehidupan seharusnya kau rasai
pergilah engkau mencari diri
dapat ketemu apa dicari

muncul kini diri kau yang baru

asam dan garam sudah kaurasa
dulu kau silap, kini kau hebat
bukalah cinta pada yang baru

-the4basketeers-

Result Test MGT362 (Business Development) sudah keluar

Ni adalah results test MGT362 (Business Development) for this semester.
Results penuh keseluruhan spt minor issue, major issue, group project paper, proposal dan presentation tidak boleh diberitahu buat masa ini, cuma results test sahaja boleh diberitahu kepada pelajar.
Berikut adalah result test berikut:

2006286168 11.1
2006286600 9.9
2006286193 11.3
2006286179 11.6
2006286689 11.8
2006286147 10.8
2006287216 12.0
2006287049 11.1
2006286657 10.6
2006287070 11.8
2006286378 10.8
2006286968 10.8
2006286936 11.1
2006286870 11.5
2006287168 11.8
2006286577 11.1
2006286115 12.7
2006287534 10.8
Jumlah markah penuh 15 markah. Hah, ok lah tu. nak banyak2 pasal apa tak jawab betul2 hari tu.
Simpan sikit utk semester depan. kehkehkeh..

-the4basketeers-