Emosi aku automatic jadi tak stabil bila bawak kereta, lebih2 lagi kat KL dan kat sini.
Aku rasa berbakul kot sumpah seranah dan maki hamun yang aku kumpul bawak forward dlm akaun pahala dosa aku ni..
Aku rasa korang pun pernah alami pengalaman2 yang aku tempuhi.
Sebelum aku komen, ingin aku stresskan kat sini yang aku bukan la mat rempit, kaki drag kereta atau kaki pecut tak tentu pasal.
Kalau aku pecut lebih dari kadar biasa pun setakat ni pasal aku sakit perut, nak balik untuk melepas...
Kalau yang lain2 tu selalunya kelajuan biasa (tak terlalu laju, tak terlalu perlahan)...
Beberapa tabiat kebanyakan pemandu Malaysia yang aku nampak kat sini yang membuatkan kita naik marah, jadi tension dan nak langgar je kereta dia adalah..
1. Tak nak bagi atau malas bagi signal bila masuk simpang, tukar lorong dan memotong kenderaan lain. Kereta mahal-mahal, tapi signal tak mau kasi. Ikut kan hati aku, cabut je handle signal tu sedekah je kat aku kalau xnak pakai. Boleh aku buat handle raket pingpong aku. Ingat orang psikik ke tahu mana arah keta ko nak pergi.
Bangang..2. Bawak perlahan (<50km/j) kat lorong kanan sekali dan buat bodoh je bila orang bagi beam untuk nak potong. Punyalah panjang berderet, ingatkan lori balak ke kat depan, rupa2nya kereta terhegeh-hegeh. Sekolah memandu mn ko belajar bila bawak pelan, duduk lorong kanan. Bertimbang rasalah sikit kat org belakang. Mana tahu orang belakang sakit perut nak buang air besar ke.
Bencong...
3. Bila ada awek kat sebelah, mulalah bawak mcm Jenson Button (F1 driver). Memandu secara melulu. Padahal bawak kancil 660 atau keta proton tahun 1985. Setakat enjin kecik dan dah lama mcm tu, mcmana ko nak dpt pick up potong kereta kt depan? Nak tunjuk kt awek la tu yg ko profesional driver. Blahlah..setakat keta sewa atau pinjam bapak, takdenya awek heran der..
Bloody fool.
4. Suka pakai highlight atau lampu neon biru bila waktu malam tak kira tempat. Woi, ko ingat ni funfair ke atau mata aku mcm hero X-men yang pakai spek tu? Silau bodoh..Daripada aku masuk longkang pasal silau, baik aku langgar je ko. Dua2 puashati.
Hotak takdak..5. Naik moto, lampu merah kat belakang tak nyala pulak. Ni lagi satu, ko ingat semua driver 20/20 ke eyesight diaorg? Ada yg rabun malam, tak nampak sangat apa ada kt depan. Kalau moto kt depan takde lampu belakang, alamat siapla, memang tunggu masa nak kena langgar. Setakat mentol lampu RM3-RM5 tu x mampu beli ke? Rokok mampu pulak beli.
Boloh punya worang.6. Potong Q waktu kt traffic light atau nak masuk roundabout. Aku nak cepat, ko pun nak cepat. First come first serve la. Ko potong Q tu yg jadi jem tuh. Cuba belajar pendidikan moral sikit. Bawak bersobar.
Hotak letak kat lutut.7. Kucing yang suka melintas secara tiba2..Tgk la kiri kanan dulu kucing. Pasal tu kadar kematian kucing lagi tinggi di jlnraya berbanding mati ketika bergaduh...(eh, che deal, ini bukan pemandu la, ini binatang. Mana boleh masuk senarai). ye tak ye jugak..Semua ko nak marah che deal.
P/s: Opinion aku, ada kecelaruan dlm sistem pemberian lesen memandu kt M'sia. Mcm banyak lesen terbang dan lesen adjust je. Kalau pergi kelas memandu, pergi kuliah undang2 jalanraya, aku rasa sedikit sebanyak org tak amalkan perkara2 di atas.
Perkataan yg aku bold tu adalah sumpah-seranah yang aku ckp bila aku dah marah kt jalanraya. Aku tahu kena byk istighfar, tapi nak buat mcmna, tak buleh dah bersabar dah kalau org dah reti bahasa ni.