Friday, February 27, 2009

Remembering the old days (although I'm not so old)

Saja2 check lagu-lagu kenangan lama...terjumpa diriku tentang satu lagu yang bagi aku mempunyai kenangan ketika usia muda-muda remaja dolu-dolu...

Bila sedih putus cinta aku pasang lagu ni ...
Ada banyak lagi lagu2 sedih, happy or semangat yang bg aku bila dengar teringat kenangan nostalgia waktu muda dan bodoh2 dulu.

Everyone have their own songs...
Ni aku sertakan liriknya..
nak dengar lagu ada kat video bar kat sebelah bawah..

Estranged

Performed by Guns N’ Roses

When you're talking to yourself
And nobody's home
You can fool yourself
You came in this world alone
(Alone)

So nobody ever told you baby
How it was gonna be
So what'll happen to you baby
Guess we'll have to wait and see
One, two

Old at heart but I'm only 28
And I'm much too young
To let love break my heart
Young at heart but it's getting much too late
To find ourselves so far apart

I don't know how you're s'posed
To find me lately
An what more could you ask from me
How could you say that I never needed you
When you took everything
Said you took everything from me

Young at heart an it gets so hard to wait
When no one I know can seem to help me now
Old at heart but I musn't hesitate
If I'm to find my own way out

Still talkin' to myself and nobody's home
(Alone)

So nobody ever told us baby
How it was gonna be
So what'll happen to us baby
Guess we'll have to wait and see

When I find out all the reasons
Maybe I'll find another way
Find another day
With all the changing seasons of my life
Maybe I'll get it right next time
An now that you've been broken down
Got your head out of the clouds
You're back down on the ground
And you don't talk so loud
An you don't walk so proud
Any more, and what for

Well I jumped into the river too many times
to make it home
I'm out here on my own, an drifting all alone
If it doesn't show give it time
To read between the lines
'Cause I see the storm getting closer
And the waves they get so high
Seems everything We've ever known's here
Why must it drift away and die

I'll never find anyone to replace you
Guess I'll have to make it thru, this time
Oh this time
Without you

I knew the storm was getting closer
And all my friends said I was high
But everything we've ever known's here
I never wanted it to die


the4basketeers

Cable

Pantang betul aku bila orang guna cable secara berlebihan..Tolong menolong tu bagus, tapi jangan sampai hak yang berhak dirampas macam tu sahaja.

Bagi aku orang guna cable untuk dapat sesuatu yang dihajati ni jenis orang yang dikategorikan seperti di bawah;

  1. Orang yang tak boleh buat kerja tapi cita-cita tinggi. Golongan nilah yang buat nama perkhidmatan awam busuk ni. Nak kerja, tapi tak tahu buat kerja.
  2. Orang yang selalu bergantung pada orang lain untuk berjaya dan tak tahu nak berdikari. Asyik harap orang spoonfeed jer.
  3. Perampas hak orang lain yang berkali ganda lebih layak.
  4. Orang yang selalu bikin susah pada diri sendiri. Dah kena tangkap, mintak tolong datuk ni lah, tan sri itulah, raja inilah untuk bagi lepas dari hukuman...mcm2la....
  5. Orang yang tak yakin pada diri sendiri dan ketentuan Allah. Kalau dia yakin yang dia berkebolehan dan layak, nak takut apa? Allah akan beri rezeki pada sesiapa yang dikehendakinya. Sebagai contoh, dapat ijazah kelas pertama, tapi bila mintak kerja surat recommendation pak lah yang sain..contoh...
  6. Orang yang tidak mahu mencuba.
  7. Orang yang takut susah sedikit apatah lagi susah banyak.
  8. Lastly, orang yang penakut. Kena marah atau tegur sikit, ajak gaduh...tapi bila sahut cabaran, bawak member 2 tiga lori...tak berani lawan one by one. Semua nak pakai cable kawan-kawan atau persatuan. Kalau berani menjual, berani lah membeli...
Itulah hakikat masyarakat kita, khususnya orang melayu sekarang..
the4basketeers

Sedikit sebanyak belajar Bahasa Kelantan

Aku kerja kat Kelantan, so aku belajar la sedikit sebanyak bahasa Kelantan..
Bahasa Kelantan ni unik...so tak rugi belajar...

Untuk yang tahu maksud beberapa vocab kelantan, aku bagitahu la sedikit sebanyak maksud perkataan yang maybe penting bila korang melawat Kelantan ker atau cakap dgn orang Kelantan..

Aku gelar pelajaran ni "Bahasa Kelantan for Dummies". Alah, sama mcm buku kat MPH tulah..

To begin with...aku bagi la sedikit dulu...
Kalau nak cakap, kena ikut lenggok bahasa, baru kena bunyinya...

Tok seh ambo= aku tak nak@ tak mahu
Tubik gi mano= keluar pergi ke mana
Pegi kederak=keluar jalan-jalan
Ambo nak ngoyak kat demo= saya nak bagitahu nak awak
Mu kecek gapo= awak cakap apa
Ambo tok seh bwi= saya tak nak bagi
Samah= lima puluh sen
Singho beng= air limau ais

Cukup la dulu buat masa ni. byk lagi...terlampau banyak..nanti-nanti aku bgtahu la..
the4basketeers

Bahasa F

Afakufu tafahufu yangfang menfendefe nifi dahfah lafamafa oforangfang cafakapfap sefejakfak dafarifi dufulufu, (hah tahu pun berbelit lidah)

Safajefe afakufu nakfak cafakapfap bafahafasafa nifi...dahfah lafamafa takfak cafakapfap..

afadafa yangfang tafahufu cafakapfap, afadafa yangfang takfak tafahufu...

hahfah...befelafajarfarlahfah...

kehfehkehfehkehfeh...

(I try cakap dalam bahasa omputeh pulak la...)

Goodfood...goodfood...youfou knowfow howfow tofo readfead thisfhis....
thefhe4fbasfasketfeteersfeers

Bola-bola dan bola lagi

Musim ChampionsCup dah mula balik...

Aku sokong Arsenal....
Aku sokong Arsenal dari dulu lagi pasal aku suka cara Arsene Wenger punya approach..
Aku ingat lagi satu artikel yang aku baca, mcm ni bunyinya..

Chairman Club: "Encik Wenger, kalau board of director bersetuju untuk bagi 20 juta pound untuk untuk pasukan, apa yang you nak lakukan dengan duit tu?"

Arsene Wenger: "Hmm...kalau you all bagi I 20 juta pound kat saya, I bagi semula kat you all balik"

Chairman Club: "Hahh..pasal apa bagi balik?"

Arsene Wenger: "Saya bg balik bukan pasal saya kedekut nak beli pemain ke apa, tapi saya percaya kejayaan dalam bolasepak tak boleh dicapai dengan berapa mahal 'bintang' yang you boleh beli, apa yang you all perlukan hanyalah kesabaran untuk menuai hasil"

Pengajaran citer: Kejayaan tak boleh didapati sekelip mata, biar susah dulu, biar lah apa org nak kata...yang penting, at the end of day, kita akan jadi insan yang terbaik.

Akhir kata: Arsenal akan menang champions cup tahun ni...hehehe..Angin je bila penyokong MU dengar...kehkehkeh...
the4basketeers

Perah Hotak

Salam sore semua,

Saja nak kongsi teka-teki yang aku dpt dari pakcik drebar kt tempat aku kerja.

mcm ni bunyinya,

Pasal apa ubi boleh jadi kayu, penyamun boleh kena tangkap kat polis dan pompuan boleh termengandung?

Pakcik tu kata ada satu jawapan jer untuk tiga2 teka-teki tu.....
Apo bondo lah jawabnye (aku tahu, nanti aku bagitahu...)

Lagi satu teka-teki, apa perbezaan antara angkasawan dan orang pompuan?
Pun aku tahu jawapannya jugak..

Mcmana korang pulak... hah, cepat kalau blh jawab...deal or no deal ni....
Cayalah pakcik drebar yang tahu mcm2..
the4basketeers

Those who can't do, teach

Tak lama dulu, aku pernah dengar pepatah ni. tapi aku tak beberapa nak recall kat mana aku dengar dan bila waktu tepatnya aku dengar pepatah ni. Aku tak berapa bersetuju dengan pepatah ni. Pasal apa ye agaknya? Pasal aku salah sorang dari cikgu2 yang wujud kt dunia ni. Cuma aku mengajar budak-budak besar kat universiti.

Mengikut pemahaman aku,
pepatah ni menyatakan bhw orang yang tak blh buat sesuatu benda, dia akan ambik opsyen utk mengajar orang lain. Spt kata2 sinis yang aku dgr dari sesetengah orang, 'alah, psl x dpt kerja lain, psl itulah dia jd cikgu'. Hangin jugak telinga dengar, bikin panas satu badan. Seolah-olah, kerjaya mengajar ni adalah last opsyen utk org2 yg x dpt kerja.

Mengajar adalah satu perbuatan yang suci. Dari kecik, ayah dan ibu kita ajar kita macam2 benda dari bercakap hingga cara nak buang air secara sendiri dan kakak dan abang kita pun pernah ajar kita mcm2 benda, even kita belajar mengaji pun daripada guru agama ajar kita.

Jadi interpretasi aku, orang yang mengajar seseorang bukanlah seseorang yang tak berguna ataupun tak pandai melakukan sesuatu benda. Sebab mereka tahu dan pandailah diorang mengajar org lain.

Bg aku, orang yg tak mahu atau tak tahu nak ajar org lain tu lah org tak guna. Dia takut nak berckp dpn org ramai, takut nak bimbing org lain dan takut nak jd pemimpin kt dpn.

Kalau baca sejarah Malaysia dulu2, cikgu2 lah antara tulang belakang yg menggerakkan gerakan kemerdekaan, cikgu2 dan pensyarah lah yg menyedarkan betapa kalau org melayu nak berubah, pendidikan lah jln paling efektif utk mengubahnya. Habis, takkan org2 ni tak berguna kot?

Mungkin zaman skg org dah x respect cikgu atau pensyarah kot. Sebab tulah timbul pepatah nih.

Aku dulu jd pensyarah bukan psl aku tak dpt kerja lain. Lps grad aku apply kerja jwtn yg sesuai dgn aku kt swasta aku dpt, aku dpt kerja bagus alhamdulillah. Aku ambik exams PTD for the first time aku lepas, alhamdullilah. Tp minat aku lebih pd mengajar sejak dari dulu lagi.

Jd, pasal sbb ni aku pergi interview biasiswa utk sambung Masters dan syaratnya aku kena serve sbgai pensyarah. Alhamdullilah mungkin yang interview aku tu nmpak aku punya azam, aku dapat. Kalau aku smbung kerja kt swasta, insyallah aku dah jd somebody dah kot. Tp nak buat mcmana, minat aku tak ke situ.

In a nutshell, aku rasa org yang mengajar lain blh diibaratkan "lilin yg membakar diri utk menyinari hidup org lain". Ingat senang ke nak mengajar dpn org?Kalau x pandai ckp dan nak explain sesuatu benda waima kau seorang Einstein pun tak berguna jugak. Ingatlah, sekaya-kaya Dato' Tony Fernandez dan Tan Sri Mokhtar al-Bukhary pun, dulu dia belajar dgn insan yang digelar guru dan pensyarah.
the4basketeers

Learning is harder, but neglect to learn is more worse than harder

Assalamualaikum my fellow bloggers,

Sekarang ni aku tengah belajar mcmana nak edit dan explore cara2 nak make my blog interesting. Aku ada sifu yang ajar, so aku salute sifu aku coz sanggup ajar aku yang x tahu apa2 pun. Kalau ikut standard, aku ni dah ketinggalan byk tahun bab2 pasal internet nih..


Tapi aku sanggup belajar, mana tau aku bleh ajar org lain plak pas ni..seperti kata hadis nabi "tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat". Setakat nie belum banyak benda lagi aku nak share. Tunggu aku dah pandai nanti bleh lah aku share dekat korang semua.

Gambar ni aku umpamakan macam baby. Eager to learn many things....so gambar ni akan berubah mengikut skill yang aku belajar. Ni macam citer "The Curious Case of Benjamin Button", cuma dalam kes ni aku bukan lahir sebagai orang tua macam dalam citer tu. Kira nanti bila aku besar, muka Brad Pitt sekarang macam muka aku la. Hehehe...
the4basketeers



Langkah Pertama

Assalamualaikum semua pembaca blogku termasuklah aku sendiri. To be honest, aku memang takde pengalaman dalam blogging nie... tapi semua perjalanan perlukan langkah pertama.

Aku mula belajar untuk menulis dalam blog ni atas inspirasi kawanku yang dah lama berkecimpung dalam arena blogging nie. Sifat ku mudah, aku suka menulis, tak kira kat mana aku pergi. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi tahu orang apa benda yang aku tulis. "Berkongsi tu kan baik"....kata mak aku bila aku bergaduh masa kecik-kecik dengan adik aku dulu berebutkan sesuatu... so here i am, ini nukilan pertama untuk blog aku...

salam perkenalan untuk rakan-rakan...blogger..dan tak lupa juga pada student2 aku yang bakal menziarahi blog ini... the4basketeers