Friday, February 27, 2009

Cable

Pantang betul aku bila orang guna cable secara berlebihan..Tolong menolong tu bagus, tapi jangan sampai hak yang berhak dirampas macam tu sahaja.

Bagi aku orang guna cable untuk dapat sesuatu yang dihajati ni jenis orang yang dikategorikan seperti di bawah;

  1. Orang yang tak boleh buat kerja tapi cita-cita tinggi. Golongan nilah yang buat nama perkhidmatan awam busuk ni. Nak kerja, tapi tak tahu buat kerja.
  2. Orang yang selalu bergantung pada orang lain untuk berjaya dan tak tahu nak berdikari. Asyik harap orang spoonfeed jer.
  3. Perampas hak orang lain yang berkali ganda lebih layak.
  4. Orang yang selalu bikin susah pada diri sendiri. Dah kena tangkap, mintak tolong datuk ni lah, tan sri itulah, raja inilah untuk bagi lepas dari hukuman...mcm2la....
  5. Orang yang tak yakin pada diri sendiri dan ketentuan Allah. Kalau dia yakin yang dia berkebolehan dan layak, nak takut apa? Allah akan beri rezeki pada sesiapa yang dikehendakinya. Sebagai contoh, dapat ijazah kelas pertama, tapi bila mintak kerja surat recommendation pak lah yang sain..contoh...
  6. Orang yang tidak mahu mencuba.
  7. Orang yang takut susah sedikit apatah lagi susah banyak.
  8. Lastly, orang yang penakut. Kena marah atau tegur sikit, ajak gaduh...tapi bila sahut cabaran, bawak member 2 tiga lori...tak berani lawan one by one. Semua nak pakai cable kawan-kawan atau persatuan. Kalau berani menjual, berani lah membeli...
Itulah hakikat masyarakat kita, khususnya orang melayu sekarang..
the4basketeers

No comments:

Post a Comment